Thursday, February 5, 2009

Wedding Wedding Wedding




Goossshhhh!!Lamanya biarkan blog nie..bak kata kak farah bila nk update "blog ko yang berkubur" tu. Sekali lagi kak farrah pencetus jariku untuk menaip buat sekian kalinya. Today genap lagi 4 bulan majlis pernikahan aku ngan fazizi akan berlangsung. Sedikit sebanyak persiapan telah diatur & barang-barang keperluan telah dibeli terutamanya barang-barang hantaran kami.

Terdetik hati untuk menulis berkenaan persiapan perkahwinan ni setelah membaca blog sory i can't remember but eina yg gitau. Blog dia tentang persiapannya sebelum melangkah ke alam perkahwinan dari segi hantaran, jurugambar & sebagainya. Terus terang aku katakan perkahwinan aku sangat la simple. Maybe sape2 yang berminat nak melakukan perkahwinan yang setaranya boleh la dijadikan panduan.

Kami bercadang untuk melangsungkan hari bersejarah tersebut pada 6 June 2009 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Dewan nikah telah pun ditempah seawal hujung tahun lepas lagi. Untuk pengetahuan semua, Dewan Nikah Masjid Wilayah ini boleh ditempah dengan percuma dan tiada had waktunya. Maksudnya di sini even perkahwinan itu hendak dilangsungkan pada hujung tahun ini, u all boleh menempah dewan tersebut dari sekarang & ianya adalah percuma! Walaubagaimanapun, setiap pasangan diberikan had at least selama sejam untuk menggunakan dewan tersebut.

Ok dewan nikah check. Now dewan makan pula. Kami memilih untuk menggunakan dewan makan Dewan Muslimah Masjid Wilayah. At this moment kami masih belum menempah lagi dewan tersebut kerana rules & regulation pihak Masjid Wilayah memperuntukkan at least 3 months sebelum majlis baru boleh mula membuat tempahan. Ini kerana pihak masjid akan mengutamakan acara-acara yang berkaitan dengan federal terlebih dahulu. So, kami akan menempah dewan tersebut pada bulan March nanti. Hopefully berjaya buat tempahan! Doakan kami!

So aku & fazizi dah bersetuju untuk menggunakan khidmat andaman Kak Emma from Emma Pesona. Last week Kak Emma bercuti di kampung so next week probably on Friday aku & Fazizi akan berjumpa dengannya. So far Kak Emma is free on 6th June but anyhow kami belum lagi membuat booking so hope she still available. Aminnnnnnn.

InsyaAllah gaji bulan ni bonus aku pon masuk. Alhamdulilah..even tak banyak (sebab baru keje kat sini hehe) still ade & membantu aku dalam persiapan ni. My target nak belikan Fazizi jam Guess, Fossil Sunglass & Kemeja G2000 (kalau cukup lerr) hehe. Yela mane aci dia dah belikan aku Handbag & jam Guess tau. Lawa sangat..aku suka!

Oh ye..ritu jalan-jalan ngan Fazizi kat KLCC sekali terjumpa kasut cannnttttikkkk seehhh!! Kebetulan aku nak carik kasut untuk nikah nanti. Sekali lagi kami membeli sesuatu yang tak dirancang nak beli pon sebenarnya. For your information, baju nikah tu pon beli bukan mengikut kaler tema tapi kitorang buat camni je "Tatau nak beli kaler ape, if sampai kedai tu mana yang lawa kita beli so itu la kaler kita!" haha..alakadar je kan? So we end up dengan menjumpai kain beaded chiffon yanggg woowww bagi aku! Kaler dull pink or plum gitu. So sweet on me & sesuai tuk kulit Fazizi gak. So far pandangan orang2 yang dah nengok kain tu positif nampaknye. However tokley nak ckp gak..yang cantiknye nanti bila dah siap bajunya. Tailor pon dah dipilih tapi tak jumpa lagi kakak tu..Reason??haha next blog dear! Chiao!

1 comment:

  1. bapak panjang ko nye blog.. wakakaka... al-maklumla cite pasal kawen kan... excitednya kemain lagi... neway... congratulations in advanced.. hahahh

    ReplyDelete